Maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Bagi Pelaksanaan Sistem ePangkat
MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI PELAKSANAAN SISTEM ePANGKAT UNTUK URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT 2010 (DG41 KE DG44)
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) akan melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) pada tahun 2010 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Bagi menjayakan sistem ini, tuan/puan adalah dipohon untuk mengenalpasti PPPS DG41 yang tahun lantikannya adalah pada 1999 sehingga 2005 dan seterusnya menyerahkan borang yang dilampirkan kepada PPPS berkenaan untuk dilengkapkan.
Data-data yang dikemukakan adalah dianggap muktamad. Borang-borang tersebut perlu dikembalikan kepada Unit Perkhidmatan JPNPP pada atau selewat-lewatnya 15 Januari 2010 melalui fax 04-652 1182 (Unit Perkhidmatan) atau 04-656 4500 (Unit Naik Pangkat).
Jika timbul sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
- Pn. Rosmaliza binti Mohd. Amin 04-652 1065
- En. Abdul Hamid @ Hamid bin Haji Hassan 04-652 1066
- Cik Pamela Ng Choy Mei 04-652 1074
- En. Md. Hassan bin Said 04-652 1075