This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

04-6521096

Saturday, October 25, 2014

Tenaga Pengajar Terlatih Penting Untuk Kesusasteraan Inggeris

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Kerajaan diminta menyediakan tenaga pengajar yang terlatih terlebih dahulu sebelum memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata tenaga pengajar yang terlatih amat penting untuk membimbing pelajar menghayati subjek itu, selain hanya menyediakan bahan sumber atau buku-buku sastera.

Kemampuan guru melaksanakan hasrat ini penting seperti mana pelaksanaan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris agar ia tidak dilihat sebagai melampaui kemampuan pelajar mempelajarinya, katanya kepada Bernama bagi mengulas hasrat kerajaan memperkenalkan semula subjek Kesusasteraan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah.

Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata cadangan itu akan dikaji dari segi tarikh pelaksanaannya terlebih dahulu menerusi kajian semula sistem pendidikan nasional.

"Sastera Inggeris ini bukan sesuatu yang 'ringan', sedangkan dahulu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pun pelajar kita susah untuk fahami, inikan pula sastera Inggeris," kata Noor Azimah.



-- BERNAMA

TWEET KPM

ALAMAT

Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang
Tel : +604-6575500 Fax : +604-6582500

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

GALERI SPA

Scroll to top